Kelas Microsoft Powerpoint 2013 (Video PI)
1 Disember 2015 | Aktiviti TerkiniPada 1 Disember 2015, Pusat Internet Kpg Pandan Lundu telah mengadakan kelas Microsoft Powerpoint 2013 dimana peserta telah diajar asas menggunakan Microsot powerpoint dan peserta dikehendaki untuk membuat latihan iaitu membuat video Pusat Internet menggunakan perisian tersebut. Bertempat di bilik latihan Pusat Internet Kampung Pandan, kelas ini bermulapada jam 11.30 pagi sehingga 1.00 petang yang telah disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada penduduk Kampung Pandan. Kelas Microsoft Powerpoint 2013 ini bertujuan untuk mengajar para peserta menggunakan perisian Microsoft Powerpoint, mendedahkan kaedah membuat video dengan menggunakan Microsoft Powerpoint selain untuk mengisi masa lapang pada cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah.
Berikut adalah kebaikan / kelebihan menghadiri kelas yang di berikan:
•Membantu peserta mempelajari penggunaan perisian Microsoft Powerpoint 2013 untuk tujuan pembelajaran.
•Memberi peluang kepada peserta untuk menggunakan Microsoft Powerpoint dengan lebih mahir bagi memudahkan mereka pada masa hadapan.
Berikut antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sesi pembelajaran:
•Latihan membuat slide memgunakan Ms Power Point sebelum menukar format ke video.
•Menggumpul data ataupun gambar berkaitan PI
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: